10 Cara Alami Hilangkan Stretch Marks!

hilangkan-stretch-marks

Ramai yang sedang mencari cari jalan penyelesaian ke atas hilangkan stretch marks dibadan mereka.

Samada ia berpunca dari masalah berat badan atau disebabkan mengandung.  Apabila kulit sudah hilang keanjalannya ia akan meninggalkan kesan/ tanda seperti lukisan abstract yang tidak berapa cantik.

Pada dasarnya kesan tersebut akan berkurangan apabila berat badan dan ketinggian anda sudah stabil. Dalam sesetengah kes kesan tersebut tidak akan hilang semuanya. Ada yang bekemampuan mungkin akan mendapatkan pembedahan walaupaun ia menyakitkan dari  fizikal mahupun kewangan.

Anda boleh menggunakan cara yang menjimatkan tanpa perlu menyakitkan badan anda iaitu dengan cara alami. Mari kita lihat:

#1 Aloe Vera

aloe-vera-hilangkan-stretch-marks

Aloe vera bukan hanya mengilangkan kesan sunburn dan mencerahkan kulit anda ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan stretch marks. Kandungan kolagen pada aloe vera membantu kulit anda kembali seperti asal.

Anda hanya perlu koyakkan aloe vera tersebut dan keluarkan gel yang terdapat di dalamnya. Selepas itu anda hanya perlu sapukan dikawasan stretch marks selama 2 jam. Selepas itu bersihkan dengan air. Lakukan selama sebulan untuk dapatkan kesan maksimum.

 

#2 Aprikot Mask

aprikot-hilangkan-stretch-marks

Ramai yang membeli scrub aprikot untuk menghilangkan stretch marks pada badan mereka, sebaliknya ia mudah dilakukan dengan membuatnya sendiri tapi hasil yang tetap sama. Apa yang anda perlukan adalah 2 biji aprikot dan sedikit air suam.

Caranya dengan mengeluarkan biji dari buah aprikot tersebut dan hancurkannya menjadi pes. Tampalkan pes tersebut dikawasan stretch marks dan biarkan selama 15 minit dan bersihkan dengan air suam, amalkan setiap hari selama sebulan.

 

#3 Minyak

minyak-zaitun-hilangkan-stretch-marks

Sebenarnya terdapat beberapa jenis minyak untuk menghilangkan stretch marks. Antara yang anda boleh gunakan ialah minyak Myrh, minyak geranium, minyak chamomile, minyak zaitun dan minyak lavender.

Gunakan minyak Lavender yang dicampur  dengan Chamomile atau anda boleh gabungkan dengan minyak yang lain jika anda mahu. Sapukan dikawasan yang anda hendak hilangkan stretch marks.

Lakukan 3- 4 kali setiap hari sehingga ia hilang. Lama kelamaan ia akan semakin memudar.

 

#4 Jus Kentang

jus-kentang-hilangkan-stretch-marks
JusKentang juga boleh didapati dimana-mana kedai runcit dengan harga yang berpatutan. Kentang mengandungi berbagai jenis vitamin dan acid yang dapat membantu hilangkan stretch marks, walaupun sebenarnya kalau anda makan ia banyak sangat boleh menyebabkan stretch marks.

Potong kentang yang hendak digunakan, pastikan jusnya masih disitu dan letakkan dikawasan anda hendak hilangkan stretch marks tersebut dan biarkan selama 5 mint. Selepas itu bolehlah dibersihkan. Amalkan selama sebulan untuk kesan maksimum.

 

#5 Jus Lemon

jus-lemon-hilangkan-stretch-marks

Disebalik jus lemon yang mempunyai sifat anti oksida dan mengandungi vitamin ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan stretch marks.

Anda hanya perlu potong lemon tersebut dan sapukan di kawasan yang diinginkan. Anda akan terasa jus tersebut menyerap ke dalam kulit anda. Biarka ia selama 10 minit dan cucikan selepas itu dengan air suam.

 

#6 Koko Shea Butter

koko-butter-shea-butter-hilangkan-stretch-marks

Koko Shea Butter memang sangat dicari untuk mengatasi atau menghilangkan stretch marks. Anda boleh dapatkannya di outlet atau farmasi yang berhampiran.

Jika anda tak jumpa juga, bolehlah cuba dengan membuatnya sendiri. Ambil 2 sudu teh koko dan shea butter dan satu sudu teh minyak vitamin E. Cairkan mentega tersebut dan campurkan ketiga-tiga bahan tersebut. Simpankan
di dalam bekas dan biarkan ia sejuk dan bertukar menjadi krim.

Sapukan di bahagian yang anda nak hilangkan stretch mark itu selepas mandi setiap hari dari alami perubahan kulit anda.

 

#7 Putih Telur

putih-telur-hilangkan-stretch-marks

Disebabkan mengandungi pelbagai protein termasuklah kolagen. Ia memang sesuai digunakan untuk menghilangkan strech marks.

Hanya asingkan telur putih dan pukul telur putih tersebut dengan garpu dan sapukan ke tempat yang anda ingin hilangkan stretch marks. Tinggalkan selama 15 minit dan selepas itu bersihkan dengan air. Amalkan selalu Insya Allah ia akan membantu anda.

 

#8 Alfalfa

alfalfa-hilangkan-stretch-marks

Credit| iherb.com

Alfalfa mengandungi vitamin dan aicd amino yang boleh memperbaiki kulit  manusia. Ia amat dicadangkan oleh para doktor.

Secara alami anda boleh melakukkannya dengan campurkan 1 sudu teh alfalfa dalam bentuk serbuk dan campurkan dengan minyak chamomile. Campurkan sehingga sebati dan hasilkan bentuk seperti pes yang pekat. Sapukan ditempat yang anda ingin hilangkan stretch marks tersebut.

Anda boleh amalkan sekerap 3 kali sehari selama 15 minit setiap sesi. Cubalah anda pastikan akan teruja..

 

#9 Air

air-hilangkan-stretch-marks

Anda mungkin fikir dengan berendam atau mandi dengan lebih kerap seperti yang anda selalu lakukan. Tetapi itu tidak menghilangkan stretch marks tersebut.

Air yang dicadangkan adalah dengan mengambil banyak air untuk badan anda. Kalau anda mengambil 8 gelen sehari kulit anda akan cukup untuk terhdrat untuk mendapatkan keanjalan kulit anda terutamanya bila kesan strech marks muncul buat pertama kali.

Untuk menghilangkan stretch marks pada badan anda perlu mendapatkan air yang secukupnya. Bila  badan kering boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan menyebabkan stretch marks. Sebaiknya ambilah 10- 12 cawan air sehari sekiranya anda ingin menghilangkan stretch marks tersebut. Kulit tepu adalah terbaik untuk kulit anda.

 

#10 Pemakanan Sihat

makanan-sihat-hilangkan-stretch-marks

Stretch marks juga adalah kesan daripada pemakanan yang tidak seimbang, berat berlebihan dan kekurangan air. Jika anda makan makanan yang mengandungi tinggi protein dan vitamin sudah tentu kulit anda akan pulih dengan lebih cepat.

Antara makanan yang dapat membantu anda untuk menghilangkan stretch marks adalah seperti mengambil lebih yogut, kacang, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang baik.

Tekak anda mungkin tidak boleh menerimanya. Tapi kalau ia berbaloi untuk menghilangkan stretch marks di badan anda apa salahnya mencuba. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi lemak tepu jika anda ingin kesan yang maksimum. Kerana ia punca stretch marks dan kesihatan anda.

Selamat Mencuba Ya! Kongsikan pengalaman anda dengan meninggalkan komen dibawah.

Source: lookdamngood.com