13 Petua Atasi Haid Tidak Teratur

petua-atasi-haid-tidak-teratur

Image Credit : greenaard

Untuk anda yang menghadapi masalah haid yang tidak teratur seperti entri yang sebelum ini, anda boleh juga cuba 13 petua atasi haid tidak teratur ini. Gunakan sahaja bahan yang sedia ada didapur rumah anda. Cepat dan mudah disediakan.

.
BIJAN & GULA PERANG 
Pengambilan bijan putih atau hitam yang dihancurkan dan dicampurkan dengan gula perang akan melancarkan aliran haid dalam masa yang cepat.

.
BETIK
Buah ini dapat melancarkan haid yang tak teratur. Cukuplah dengan makan sebanyak 250g setiap pagi dan sebelum tidur.

.
JINTAN & GULA PERANG
Didihkan jintan bersama gula perang dan minum airnya. Kita juga boleh gantikan dengan minyak jintan.

.
SENAMAN & OMEGA 3
Lakukan senaman yang teratur dan diet yang kaya dengan antioksidan dan Omega 3. Tambahkan dengan latihan kardio 3-4 kali seminggu.

.
PERIA
Walaupun pahit, tetapi peria dapat membantu melancarkan haid.

.
TIDUR YANG CUKUP
Pastikan badan mendapat rihat dan tidur yang cukup setiap hari.

.
IKAN SALMON
Makanan mewah ini mengandungi gizi dan membantu meningkatkan kolagen dalam badan apabila diambil secara teratur. Ia juga memberikan kestabilan hormon sehingga kita tak mudah stress dan haid datang tepat pada waktunya.

.
BROKOLI
Kandungan folat dan Vitamin B mampu mencegah depresi. Depresi adalah salah satu faktor kenapa haid lambat.

.
SUSU SOYA
Selain untuk mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan, soya ini baik diminum ketika haid datang. Nutrisi dalam segelas susu soya mampu menjaga kesihatan badan dan sistem reproduksi.

 

TELUR
Mampu menjaga hormon agar kita sentiasa bertenaga dan mengatur pengaliran darah. Adalah lebih baik memilih telur rebus daripada telur goreng.

.
ASAM
Makanan ini membantu melancarkan haid. Contohnya, asam jawa yang diambil dalam bentuk minuman atau gula-gula. Menurut petua orang-orang lama, asam jawa dapat menghancurkan darah haid yang berketul-ketul. Biasanya disediakan dengan  campuran air asam jawa, kunyit yang dikisar dan sedikit madu atau gula merah.

 

LIDAH BUAYA/ ALOE VERA
Lidah buaya memang mempunyai pelbagai khasiat dari segi perubatan, banyak digunakan dalam perubatan.  Cara biasa adalah dengan menjadikannya jus dan diminum seperti biasa.

 

CUKA EPAL
Mampu membantu melancarkan haid. Kita boleh minum atau jadikan sos untuk salad. Cuka epal juga dapat mengurangkan insulin dan seimbangkan kadar gula dalam darah. Cara pengambilan dengan campurkan segelas air suam dengan sesudu cuka epal dan diambil pada waktu pagi.

Semoga petua atasi haid tidak teratur ini boleh membantu anda sedikit sebanyak. Kalau masih lagi bermasalah boleh sahaja cuba extra tips dibawah.

 

EXTRA TIPS

Losyen secret correa juga boleh membantu  mereka yang mengalami masalah period tidak teratur. Dimana bahan aktif didalam losyen akan membantu:

1.Melancarkan peredaran darah.

2.Memulih dan memecahkan saluran yang tersumbat.

3.Memperbaiki sel-sel yang rosak.

4.Membantu mengatasi masalah kekejangan otot.

5.Merangsang penghasilkan sel-sel baru dan memerangi radikal bebas.

6.Merangsang saraf supaya dalam keadaan tenang dan teratur.

 

petua-atasi-haid-tidak-teratur-dengan-secret-correa

Testimoni Secret Correa Atasi Haid Tidak Teratur

losyen secret correa atasi punca haid tidak teratur mira-1

petua atasi haid tidak teratur

losyen secret correa atasi punca haid tidak teratur

Berminat nak cuba? Boleh… Wassap aje Kak Gee di +601123300096  ada SPECIAL OFFER menanti!