13 Tips Mudah Kurus Dan Efektif

 

tips mudah kurus

Ramai yang mencari cara dan tips mudah kurus samada dengan menggunakan produk atau secara alami. Nyatanya yang menggunakan produk menghasilkan lebih pantas dalam membantu anda mudah kurus berbanding dengan secara alami. Tanpa disiplin yang tinggi anda mungkin kecundang ditengah jalan. Berikut adalah beberapa tips mudah kurus yang efektif:

1.Mualakan hari anda dengan menu dan sarapan yang mencukupi. Ia dapat membantu anda mengurangkan jumlah kalori dalam sehari.

2.Pastikan setengah hidangan anda mengandungi sayuran dan buah-buahan samada untuk menu tengahari atau makan malam.

3.Makan sedikit sebelum menghadiri majlis, dapat membantu anda mengurangkan nafsu makan ketika majlis tersebut, seperti makan epal, telur rebus dan minum teh.

4.Jangan sekali-kali menggunakan pinggan yang besar ketika makan, kalau boleh gunakan pinggan yang sederhana atau menggunakan pinggan salad sahaja untuk setiap kali anda mengambil makanan.

5.Ambil sup lebih kerap kerana ia mempunyai kalori yang rendah dan membuatkan anda cepat kenyang.

6.Membawa bekal kepejabat boleh membantu anda mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.

7.Jangan gemukkan diri anda dengan sentiasa memenuhi nafsu perut anda. Ini dapat dielakkan dengan pengambilan kalori sebanyak 600 sahaja daripada biskut dan bijirin tanpa anda perasan.

8.Ambillah sarapan,hidangan tengahari dan makan malam mengikut masa yang ditetapkan. Jangan jadikan aktiviti makan malam sebagai hobi kerana ia boleh membantu anda jadi gemuk dan pemakanan yang tidak seimbang.

9.Cuba elakkan mengambil gula selama dua minggu, anda akan rasai perbezaaanya secara tak langsung ia akan menutup nasfu makan anda. Jika mampu cubalah jadikan kebiasaan.

10.Jadikan aktiviti bersenam atau bersukan sebagai aktiviti tetap setiap minggu. Ajaklah ahli keluarga supaya aktiviti menjadi lebih menyeronokkan.

11.Jadikanlah tujuan makan untuk anda sihat dan sebagai ibadat, ia dapat elakkan anda makan berlebihan dan hilang fokus untuk anda turunkan berat badan.

12.Elakkan aktiviti menguyah ketika anda sedang menonton atau membaca.

13.Jadikan tabiat selepas makan malam dengan mengosok gigi, secara tidak langsung anda akan memberitahu badan anda waktu makan sudah tamat.

Kesimpulan.

Sebenarnya dengan anda menetapkan matlamat atau tujuan anda makan dan dengan disiplin yang tinggi ini semua dapat membantu anda kurus dengan mudah dengan pantas. Semoga tips mudah kurus ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mencapai sasaran anda. Jadi lakukan dengan sebab yang besar untuk anda berubah..atau jadikan ketakutan itu sebagai sebab anda perlu kurus..Selamat Berjaya

3 Comments

  1. Sani 19/05/2015
    • adminkb 20/05/2015
    • adminkb 28/06/2015

Add Comment

*

CommentLuv badge