5 Tips Kurus Selepas Bersalin

Image via www.ibtimes.com

Image via www.ibtimes.com

Proses melahirkan memang satu proses yang menyebabkan banyak perubahan dalam badan. Salah satunya adalah perut yang membesar secara signifikan.

Untuk mengurangkan berat badan dan mendapatkan perut yang rata kembali bukanlah tugas yang mudah. Tapi bukan bermakna ia perkara yang mustahil. Dengan melakukan beberapa disiplin berikut dan kesabaran yang tinggi, anda masih boleh mendapatkan badan ramping kembali. Berikut adalah 5 tips kurus selepas bersalin yang anda boleh praktikkan.

1. Atur Waktu Makan

Image | Healthy Times Blog

Image | Healthy Times Blog

Mengatur waktu makan adalah cara yang mudah supaya berat badan turun secara teratur. Bangun pagi ada baiknya amalkan minum air masak terlebih dahulu untuk membersihkan perut, sebelum mula bersarapan.

Makan makanan bertenaga pada waktu siang supaya lebih bertenaga dan bersemangat, sementara pada waktu malam, cukup konsumsi makan makanan yang tidak mengandungi karbohidrat.

2. Kurangkan Kuantiti Hidangan

tips kurus selepas bersalin kuantiti hidangan

Adakah anda seorang yang makan sekali sehari tetapi dalam kuantiti yang banyak? Ia sangat tidak digalakkan! Lebih baik makan beberapa kali dalam sehari tapi dalam kuantiti yang kecil, supaya cukup masa untuk makanan tersebut dihadam bagi menjadi sumber tenaga.

3. Ambil Cecair Yang Tepat

tips kurus selepas bersalin banyak ambil cecair minuman

Kurangkan minum minuman segera yang mengandungi banyak bahan pengawet sebaliknya perbanyakan minum air masak dan jus buah asli. Selain menghindarkan anda daripada dehidrasi, kedua cecair ini dapat memberikan kelebihan secara semula jadi.

4. Bersenam!

tips kurus selepas bersalin bersenam

Mengimbangi pola makan teratur dan senaman yang rutin akan memberikan hasil yang memuaskan. Tidak perlu melakukan aktiviti yang berat, joging atau latihan. Senaman sekali dalam seminggu sudah cukup untuk memperkuatkan otot yang lemah.

5. Gunakan Bengkung Pelangsing

tips kurus selepas bersalin gunakan bengkung

Image | www.aeinnamusa.com

Kalau mengidamkan perut rata dalam masa yang pantas, gunakan bengkung pelangsing. Selain mendapatkan bentuk perut rata dan pinggang yang ramping, bengkung pelangsing juga dapat mengurangkan pembengkakan dan pendarahan dalam rahim.

5 tips kurus selepas bersalin ini memang simple sahaja, untuk berjaya anda kena berusahalah terlebih dahulu. Yang penting jangan malas!